|
Terima kasih kepada semua pengunjung laman MMA
Group dan kepada semua pelanggan yang telah memberi kepercayaan
serta keyakinan di atas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak
Master Media Advertising semoga khidmat yang diberikan memberikan
kepuasan kepada semua pihak.
Master Media Advertising merupakan sebuah agensi
media yang berdaftar di bawah akta pendaftaran perniagaan 1956 dengan
No. Pendaftaran IP0219932-W yang mengendalikan kerja-kerja Pengiklanan
Media Elektronik, Pengiklanan Media Cetak termasuk kerja-kerja percetakan,
Bill Board, Merekacipta, Rekabentuk Grafik.
Sebagai sebuah agensi pengiklanan yang berpengalaman sejak tahun
1999, Master Media Advertising telah diberikan kepercayaan oleh
banyak syarikat bagi mengendalikan pengiklanan, harapan kami semoga
Master Media Advertising menjadi satu agensi pengiklanan media yang
dipercayai dan diyakini. Kepercayaan para pelanggan adalah keutamaan
kami dimana kami mahu membuktikan bahawa Master Media Advertising
merupakan satu-satunya saluran media yang telus didalam mengendalikan
semua bentuk pengiklanan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
bagi memastikan para pelanggan terus berkembang mengikut saluran
yang betul tanpa sebarang masalah di kemudian hari.
Fokus utama Master Media Advertising adalah dalam pengiklanan Radio-radio
RTM, IKIM, Radio-radio swasta yang lain, pengiklanan akhbar seperti
Utusan, Kosmo, Berita Harian, The New Straits Times, Majalah-majalah,
Pengiklanan bagi saluran stesen TV, lain-lain media dan juga kerja-kerja
Percetakan

|